1

Tips Bijak Berbelanja


KAIN rentang `Jualan MurahJualan Penghabisan StokJualan HebatJualan Harga Runtuh dan Jualan Merdeka' kini sudah banyak menghiasi gedung-gedung beli-belah seluruh negara, berkibar-kibaran bagaikan menggamit kedatangan pengguna khususnya wanita.
Bila kesempatan sebegini muncul, terutama menjelang musim perayaan, seseorang itu sering tidak mampu mengawal nafsu sehingga memudaratkan diri sendiri, dengan berbelanja di luar kemampuan sebenar, apatah lagi apabila mempunyai kemudahan kad kredit.

1

10 Tips Pengurusan Wang Yang Bijak

1. Menerima gaji sepatutnya dan berbelanja kurang daripada pendapatan


Peraturan asas ini nampak mudah tetapi hakikatnya sukar untuk dilaksanakan.Anda perlu tahu sama ada anda menerima gaji yang sepatutnya berbanding kepakaran, keupayaan, produktiviti dan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada anda. Menerima gaji rendah daripada yang sepatutnya, walaupun RM1,000 setahun akan memberi kesan yang besar dalam jangka panjang.


Tidak kira berapa gaji anda, jangan sesekali berbelanja melebihi pendapatan.Adalah lebih mudah untuk menyekat perbelanjaan daripada memperoleh pendapatan lebih. Berjimat walaupun sedikit boleh memberi kesan yang besar pada tabungan.

0

Cara Bijak Menggunakan Kad Kredit

“Pandai gunakan kad kredit?” Alangkah peliknya soalan ini – takkan saya tak tahu! Senang sahaja: Apabila membeli, berikan kad kredit kepada juruwang, kemudian letakkan tandatangan di resit yang diberikan (kadang-kadang saya tak perlu tandatangan pun, hanya lambai dan pergi!). Jika saya sentiasa bayarkan amaun minima bulanan, banyak pula dapati kredit percuma. Dan saya juga tak perlu risau jika perbelanjaan saya sudah sampai tahap maksima kad tersebut. Syarikat pengurusan kad kredit itu tentu akan menambahkan had kredit saya, dan syarikat-syarikat lain pula pasti akan menawarkan kad-kad yang lain sehingga saya pun tak terdaya untuk menggunakan semuanya.